Pages

Monday, April 7, 2014

Catatan Perjalanan: Seni Warisan Masakan Melayu Daya Tarikan Utama PNB Ilham Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan, Malaysia

Setiap kali sebelum menempah bilik untuk percutian tidak kiralah sama ada hotel, homestay, resort atau seumpamanya pasti terlintas difikiran, apakah makanan yang akan disajikan. Sedap atau tidak? Anda tidak perlu gusar jika berada di PNB Ilham Resort Port Dickson, Negeri Sembilan. Menurut pihak pengurusan, mengekalkan seni warisan masakan Melayu merupakan daya tarikan utama di sini selain mengutamakan layanan dan perkhidmatan yang unggul berbanding penginapan lain sekitar Port Dickson.



Baru-baru ini saya berpeluang menyertai Program Sahabat Media Trip ke PNB Ilham Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan selama dua hari satu malam bersama-sama sahabat media  lain bagi memenuhi undangan pihak pengurusan PNB Ilham Resort sendiri sempena Tahun Melawat Malaysia 2014. PNB Ilham Resort, Port Dickson terletak di pinggir Tanjung Tuan menghadap Selat Melaka dan kira-kira 18 km dari bandar Port Dickson, Negeri Sembilan. Perjalanan ke sana mengambil masa lebih kurang satu jam dari bandaraya Kuala Lumpur.

Ternyata promosi terhadap seni warisan masakan Melayu yang diwar-warkan semasa sidang media yang berlangsung sewaktu kami sampai bukan hanya sekadar kata-kata manis sahaja. Buktinya kami disajikan dengan hidangan yang cukup luar biasa. Beraneka jenis makanan disajikan dari pembuka selera hingga ke pencuci mulut. Uniknya, walaupun kami berada di Negeri Sembilan pelbagai jenis pencecah seperti budu, sambal belacan, tempoyak dan cencaluk dihidangkan, saya dapat rasakan seolah-olah telah berjalan menjelajahi ke seluruh Malaysia. Budu adalah sejenis pencecah yang berasal dari Kelantan manakala cencaluk pula berasal dari Melaka, sementara tempoyak terkenal di Perak dan sambal belacan pula terdapat diseluruh Malaysia perbezaannya cuma pada cara penyediaannya sahaja.





Pelbagai jenis kerabu dan pecal turut menjadi hidangan kami sewaktu makan tengahari dan malam. Menurut Chef Zam Zam selaku Chef Eksekutif yang bertanggungjawab ke atas setiap hidangan, masakan tradisional Melayu seperti gulai tempoyak ikan patin, daging salai masak lemak, rendang itik minang, sambal udang petai, sup tulang rawan dan pelbagai sajian Melayu tradisional yang unik disajikan demi memartabatkan seni masakan tradisional Melayu sekaligus mempromosinya.




Hidangan manisan pula, terdiri daripada kuih muih tradisional Melayu seperti pulut serawa durian, ondeh-ondeh, kuih koci, seri muka dan bermacam-macam lagi. Saya cukup teruja apabila melihat pelbagai jenis ulam-ulaman dan ada di antaranya tidak pernah dilihat dan tidak tahu namanya seperti pucuk tenggek burung. Tenggek burung nama yang agak unik dan lucu...


Pada hari terakhir kami di sini, sebelum kami menikmati hidangan tengahari, chef Zam Zam sempat mendemontrasikan masakan rendang buung puyuh. Kecur liur saya apabila teringat semula betapa lazatnya rendang burung puyuh yang sempat saya jamah sedikit.


Strategi mempromosikan masakan tradisional Melayu amat berkesan untuk menarik minat pelancong dalam dan luar negara dan secara langsung dapat memartabatkan seni masakan dan makanan warisan Melayu ke seluruh dunia. Secara tidak langsung pula dapat mengekalkan warisan ini dan ianya boleh didokumentasikan agar seni masakan dan makanan ini kekal dan diwarisi turun-temurun.

Bagi anda yang teringin untuk merasai sendiri air tangan Chef Zam Zam bolehlah datang ke PNB Ilham Resort, Port Dickson. Nak tahu di mana lokasinya? Jom membaca sambungan cerita tentang PNB Ilham Resort dalam terbitan seterusnya...

Travel: Art Heritage of Malay Cuisine is The Main Attraction at PNB Ilham Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan, Malaysia

Every time before booking a vacation room either hotel, homestay, resort or similiar wtih that definitely in your mind will think about the food will be served. Tasty or not? You need not worry if you are at PNB Ilham Resort Port Dickson, Negeri Sembilan. According to the management, preserve Malay heritage cuisine in the main attraction here besides priority of hospitality and give a very good service compared to other hotel and resort vicinity of Port Dickson.



Recently, I had opportunity to joined Sahabat Media Trip Program to PNB Ilham Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan for two days and one night with other media friends to fullfil an invitation of the PNB Ilham Resort management itself for Visit Malaysia Year 2014. PNB Ilham Resorts, Port Dickson located at very edge of Cape Rachado over looking the majestic Straits of Malacca and just about 18 km from the town of Port Dickson, Negeri Sembilan. The journey takes about an hour from Kuala Lumpur.

Distinctly that the promotion of Malay herritage cuisine touted during a press conference held when we arrived not only sweet words. The proof of its we served with an unusual dishes. A variety food is served from appetizers to desserts. Interestingly, even though we were in Negeri Sembilan there are vaeriety sauces here such as budu, sambal belacan, tempoyak and cencaluk served and I feel like I already explore the whole of Malaysia. Budu is a sauce originated from Kelantan and cencaluk derived from Malacca, while tempoyak famous in Perak and sambal belacan can be found thoughout Malaysia, only the preparation method is different.





Various types of “kerabu” and “pecal” (kerabu is Malay traditional salad with vegetables, fruits, meat or seafood meanwhile pecal is Java salad with vegetables, fruits and peanut sauce) also be serving us during lunch and dinner. According to Chef Zam Zam as an Executive Chef incharge of each dish, the traditional Malay dishes like ‘gulai tempoyak ikan patin’, ‘daging salai masak lemak’, ‘rendang itik minang’, ‘sambal udang petai’, ‘sup tulang rawan’ and a variety unique of Malay traditional cuisine served to elevate the art of cooking thus promote the cuisine itself.





Dessert served are Malay traditional sweet foods like ‘pulut serawa durian’, ‘ondeh-ondeh’, ‘kuih koci’, ‘seri muka’ and many others. I’m so excited when looking at variety types of “ulam” (herbs eaten raw) and some of them I have never seen and did not know the name such as ‘pucuk tenggek burung’. If direct translate “ tenggek burung’ mean a perched bird, name that is unique and funny...



On our last day here, before our lunch meal, chef Zam Zam was demonstration how to cook ‘rendang burung puyuh’. It tempting when I remembered about the cuisine that I was just eat a bit.



Strategies to promote Malay traditional cuisine is effective to attract local and foreign tourists and can directly evelate the culinary arts and Malay heritage food to the world. Indirectly was able to preserve this herritage and it can be documented that the culinary arts and food remains and is passed down through generations.

For those of you who love to experiece Chef’s Zam Zam cookings, you should go to PNB Ilham Resort, Port Dickson. Want to know where is the location? Let’s read my next post about PNB Ilham Resort... 

Seni: Warna (Bahagian 1)


Masih ingat sewaktu kita kecil, kita sering ditanya dengan soalan “adik suka warna apa?”... merah, biru, kuning, jingga, ungu, hijau, coklat dan pelbagai lagi...

Warna adalah sesuatu yang dapat dikenal pasti oleh kita sejak diperingkat awal usia. Tanpa kita sedari mahupun kita menyedarinya, melalui warna kita mula belajar mengenali sesuatu objek dan dapat membezakan sesuatu objek dengan objek yang lain. Contoh mudah ibu bapa mengajar anak-anak membezakan di antara warna langit dengan awan ialah langit berwarna biru dan awan pula berwarna putih.


Maha Pencipta menciptakan warna pada alam sekeliling menjadikan dunia menarik, berwarna-warni dan lebih bermakna. Kita sering mendengar kata-kata puitis yang menyatakan warna adalah kehidupan dan kehidupan sesuatu yang dilalui oleh seseorang dengan penuh warna-warni.

Sebenarnya, warna adalah salah satu elemen seni yang penting dalam ekspresi atau luahan emosi secara langsung. Penggunaan warna dalam kehidupan seharian atau hasil karya seni dapat menimbulkan ‘mood’. Warna yang berlainan akan menimbulkan ‘mood’ yang berbeza. Perkara ini berkait rapat dengan pengertian seseorang terhadap warna menurut cara hidup, budaya setempat dan alam sekeliling masing-masing. Mari kita pilih satu warna dan memberikan pengertian masing-masing. Apakah ‘mood’ yang anda dapat rasai dengan warna merah?

Mengikut psikologi warna merah melambangkan cinta dan keberanian. Tidak hairanlah bunga mawar merah selalu diberikan kepada seseorang untuk menyatakan perasaan cinta. Pandangan peribadi saya warna merah digunakan sebagai warna tumpuan bagi kulit buku “The Rules of Love”, tulisan Richard Templar untuk menarik minat pembaca untuk memiliki buku tersebut.




Kedua-dua gambar permandangan di atas saya rakam pada hari dan tempat yang sama tetapi waktu yang berbeza dan sudut yang sedikit berbeza. Penghasilan warna-warna yang berbeza sudah tentu akan melahirkan ‘mood’ yang berbeza. Saya tidak mahu memberikan sebarang komen kepada hasil fotografi saya ini kerana ingin memberikan kebebasan kepada anda menjiwanya sendiri... :-)

Art: Color (Part 1)


Still remember when we was kid the common question asked is “what is your favourite color?”... red, blue, yellow, orange, purple, green, brown and many more...

Color is something that people identify with at a very early age. Either we realizing it or not, through color we learn to recognize an object and be able to distinguish an object with another object. A simple example parents teach kids different color between the sky and clouds is blue and white.


The Creator created the environment with colors makes the world interesting, colorful and meaningful. We often hear the poetic words that expressed colors is life and life is something that is experienced by a person with full of color.

Actually, color is one of the important element of art in expression or to express the emotion directly. The use of color in daily life or artwork can evoke mood. Different colors will create the different mood. This is closely related to meaning of color to person based on their own lifestyle, culture and environment. Let’s choose one color and give your meaning. What is mood can you feel in red?

According to the psychology of color red symbolizes love and courage. No wonder red roses is always given to someone as a symbol to express feelings of love. My own opinion red color used as domain on  book cover “The Rules of Love”, by Richard Templar to attract the people to get the book.





Both scenery pictures above, I captured it in the same day and place but different times and a bit different angles. The result is different in color and of course will given a different feel of mood. I don’t want to give any comment for the photographs because I want you to feel free and use your own soul... :-)

Selamat datang ke artandsoulart.blogspot.com

Laman sesawang ini merupakan usaha kecil saya untuk mendokumentasikan dan berkongsi sedikit ilmu & pengalaman dalam bidang seni yang telah saya pelajari sama ada secara formal dan tidak formal selama beberapa tahun ini. Terbitan-terbitan yang akan disiarkan adalah hasil seni, pengalaman dan catatan perjalanan dalam bentuk penulisan dan gambar-gambar yang dirakamkan oleh saya yang berkaitan dengan kesenian.

Seni adalah penghayatan jiwa terhadap keindahan atau nilai estetika dan menjadi fitrah manusia untuk menyukainya. Ianya juga berkisar kepada aktiviti manusia yang halus, indah dan murni untuk dihayati dan dimanfaatkan. Hasil seni pula diciptakan oleh manusia dengan menggunakan sumber-sumber alam melalui ilmu, ilham dan pancaindera yang kesemuanya adalah ciptaan Yang Maha Pencipta. 


Semoga terbitan-terbitan seni yang saya paparkan di laman sesawang ini menarik, berfaedah dan dapat memberikan ketenangan jiwa. Sesiapa sahaja yang berkelapangan termasuklah ilmuwan, penggiat, penghayat, pengkritik, pelajar dan peminat seni dapat berkongsi ilmu dan pengalaman anda dengan saya dan pembaca lain agar ianya menjadi pencetus ilham dan idea-idea bernas dalam menghasilkan hasil seni yang baru dengan meletakkannya di ruangan komentar. Segala komentar dan pandangan anda, amat dialu-alukan dan dihargai, saya dahului dengan ucapan jutaan terima kasih :-)

Jom berkunjung ke alam seni saya... :-)

Artandsoul Art

Welcome to artandsoulart.blogspot.com

This site is just a little effort of mine to document and share some knowledge & experiences in art that I study in formal and informal all these years. The posts are going to be published about artwork, personal experience and my travels in the form of writing and photographs captured by myself which are related with art.

Art is one such attitude deals with the appreciation of the beautiful or aesthetics and it is a human nature to love it. It is also revolves around the human activities which is fine, beautiful and pure to be appreciated and harnessed. The artwork was created by humans using natural resources through knowledge, inspiration and a sense that everything is a creation of the Almighty Creator.


Hopefully, art posts that appear on this site is interesting, worthwhile and evoke a sense of calm. Anyone including a scholars, activists, viewers, critics, students and enthusiasts of art if you have the time, feel free to share your knowledge and own experience with me and the rest of us, so that will be inspiration and ideas in creating new artwork by putting it down in comment section. All comments and your opinion are most welcome and appreciated, I prefaced with gratitude :-)

Let's go to visit to my art world... :-)

Artandsoul Art