Pages

Thursday, April 10, 2014

Catatan Perjalanan: Cruise Tasik Putrajaya - Alami & Menangi ‘Cruise & Win’

Putrajaya terkenal sebagai bandar taman yang indah dan di tengah-tengahnya terdapat tasik buatan manusia & sistem tanah lembap seluas 650 hektar. Baru-baru ini, saya bersama-sama sahabat media lain mengunjungi Putrajaya untuk menyertai Program Cruise Tasik Putrajaya anjuran Tourism Malaysia, Kuala Lumpur untuk mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2014 sekaligus mempromosikan kempen ‘Cruise & Win’ bagi Cruise Tasik Putrajaya. Kempen ini memberikan peluang kepada setiap pengunjung sama ada dari dalam ataupun luar negara untuk menyertai cabutan bertuah yang bernilai RM2000 setiap satu. Ianya akan berlangsung sehingga bulan Disember 2014.


Terdapat pelbagai pakej menarik Cruise Tasik Putrajaya yang ditawarkan seperti “Dining @DAUN”, “Moonlight Cruise”, “Love Boat”, “Cruise & Learn”, “Cruise & Hunt” dan “FootLoose & Cruise”.


“FootLoose & Cruise” itulah nama pakej yang kami sertai, menawarkan pelayaran tasik Putrajaya dengan hidangan bufet koktel dan iringan persembahan muzik serta urutan spa kaki selama lebih kurang satu setengah jam. Permandangan petang hingga ke senja di Tasik Putrajaya yang indah dan mempesonakan membuatkan saya kurang menumpukan perhatian untuk merakamkan gambar-gambar.



Saya amat mengesyorkan anda semua untuk merasai sendiri pengalaman menaiki Cruise Tasik Putrajaya ini. Pengalaman saya sendiri sangat mengujakan dan terasa ingin belayar dan terus belayar tanpa henti... hehe. Terima kasih Cruise Putrajaya, Tourism Malaysia dan M-Mode Berhad kerana memberikan peluang ini. Kepada yang berminat, anda boleh memilih pakej-pakej yang telah saya nyatakan di atas mengikut citarasa dan kesesuaian anda. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:-


Cruise Tasik Putrajaya
Jeti Putra, Jambatan Putra, Presint 1,
62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan,
Malaysia
Tel: +603 8888 3769/ 3692

No comments:

Post a Comment