Putrajaya
terkenal sebagai bandar taman yang indah dan di tengah-tengahnya terdapat tasik buatan manusia & sistem tanah lembap seluas 650 hektar. Baru-baru ini, saya
bersama-sama sahabat media lain mengunjungi Putrajaya untuk menyertai Program
Cruise Tasik Putrajaya anjuran Tourism Malaysia, Kuala Lumpur untuk
mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2014 sekaligus mempromosikan kempen ‘Cruise
& Win’ bagi Cruise Tasik Putrajaya. Kempen ini memberikan peluang kepada
setiap pengunjung sama ada dari dalam ataupun luar negara untuk menyertai
cabutan bertuah yang bernilai RM2000 setiap satu. Ianya akan berlangsung
sehingga bulan Disember 2014.
Terdapat
pelbagai pakej menarik Cruise Tasik Putrajaya yang ditawarkan seperti “Dining
@DAUN”, “Moonlight Cruise”, “Love Boat”, “Cruise & Learn”, “Cruise &
Hunt” dan “FootLoose & Cruise”.
“FootLoose
& Cruise” itulah nama pakej yang kami sertai, menawarkan pelayaran tasik
Putrajaya dengan hidangan bufet koktel dan iringan persembahan muzik serta
urutan spa kaki selama lebih kurang satu setengah jam. Permandangan petang
hingga ke senja di Tasik Putrajaya yang indah dan mempesonakan membuatkan saya
kurang menumpukan perhatian untuk merakamkan gambar-gambar.
Saya
amat mengesyorkan anda semua untuk merasai sendiri pengalaman menaiki Cruise
Tasik Putrajaya ini. Pengalaman saya sendiri sangat mengujakan dan terasa ingin
belayar dan terus belayar tanpa henti... hehe. Terima kasih Cruise
Putrajaya, Tourism Malaysia dan M-Mode Berhad kerana memberikan peluang ini.
Kepada yang berminat, anda boleh memilih pakej-pakej yang telah saya nyatakan
di atas mengikut citarasa dan kesesuaian anda. Untuk keterangan lanjut, sila
hubungi:-
Cruise Tasik Putrajaya
Jeti Putra, Jambatan Putra, Presint 1,
62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan,
Malaysia
Tel: +603 8888 3769/ 3692
website: www.cruisetasikputrajaya.com