Satu Sidang Media telah berlangsung pada 8 April 2014 di Awana Hotel Resorts World Genting bagi mewar-warkan program ‘Wings of KKB 2014’: ‘Selangor Birds Race’ yang akan diadakan pada 25 hingga 27 April 2014. Program anjuran bersama Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) dan Resorts World Genting ini menyediakan pelbagai acara menarik seperti seminar tentang burung, pertandingan mengenal pasti burung, pertandingan fotografi burung, ‘explorace’ & ‘mini explorace’, pameran dan cabutan bertuah. Menurut pihak MDHS objektif utama penganjuran Program ‘Wings of KKB’ adalah untuk menyedarkan masyarakat tentang kepentingan menjaga alam sekitar melalui aktiviti memerhati burung.
Terdapat 10 lokasi
‘checkpoint’ yang ditetapkan bagi acara pertandingan mengenal pasti burung untuk
para peserta bergerak dari satu tempat ke satu tempat bermula di Bandar Kuala Kubu Bharu dan
berakhir di Resorts World Genting. Ianya memberikan peluang kepada
peserta-peserta melihat dan mengenal pasti pelbagai spesis burung yang
berlainan mengikut perbezaan ketinggian dari aras laut.
Hadiah menarik
disediakan oleh pihak penganjur berjumlah RM10,000.00 dalam bentuk barangan
bagi acara pertandingan mengenal pasti burung untuk setiap kategori yang
dipertandingkan; kategori pelajar sekolah, kategori terbuka dan pelajar
universiti & kolej. Manakala, hadiah utama untuk pertandingan fotografi
burung adalah kamera Nikon D3100. Terdapat juga hadiah penginapan dua hari satu
malam di First World Hotel dan hadiah-hadiah sampingan.
Penaja utama bagi
program ini adalah Resorts World Genting. Cik Katherine Chew, Timbalan Presiden
Komunikasi dan Perhubungan Awam Resorts World Genting, memaklumkan, penglibatan
untuk dua tahun berturut-turut menunjukkan kesungguhan Resorts World Genting di
dalam program yang memberikan kesedaran kepada pelancong dan masyarakat
setempat tentang pemuliharaan hutan dan alam semulajadi.
Terima kasih
kepada Majlis Daerah Hulu Selangor, Resorts World Genting, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Tourism Malaysia, Tourism Selangor dan M-Mode Berhad di atas jemputan
ini sekaligus memberikan saya kesempatan untuk mengunjungi Awana
Hotel Resorts World Genting buat kali pertama.
Untuk
maklumat lanjut boleh di dapati di laman sesawang MDHS atau blog wingsofkkb.