Pages

Wednesday, April 9, 2014

Catatan Perjalanan: PNB Ilham Resort Port Dickson, Negeri Sembilan, Malaysia

Kali ini saya ingin berkongsi pengalaman kami berada di PNB Ilham Resort selama dua hari satu malam. Terdahulu saya ingin mengucapkan terima kasih PNB Ilham Resort, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Tourism Malaysia dan M-Mode Berhad di atas jemputan ini.


Tiada kata yang dapat diungkapkan tentang keindahan permandangan tatkala membuka tingkap apartment yang saya dan lima rakan media lain menginap. Gambar di atas tidak sama dengan suasana sebenar yang lebih mempesonakan. Apartment yang kami tinggal mempunyai tiga buah bilik dan setiap bilik mempunyai bilik airnya yang tersendiri. Ianya juga dilengkapi dengan ruangan rehat, ruangan makan, bar mini, televisyen dan telefon.


PNB Ilham Reort menawarkan 65 unit apartment dan bilik-bilik hotel yang lengkap dengan pelbagai kemudahan. Anda boleh memilih sama ada bilik dia atas dengan keindahan permandangan laut membiru atau bilik yang di bawah mengadap kolam renang yang menyejukkan pandangan. 





Maka tidak, rugi jika berkunjung ke PNB Ilham Resort Port Dickson, bukan hanya kerana masakannya yang sedap dan penginapan yang selesa bahkan terdapat pelbagai aktiviti menarik yang dapat anda lakukan bersama keluarga dan teman-teman selaim mandi-manda di kolam renang dan di pantai. Aktiviti merentasi hutan dan pelbagai jenis sukan air adalah antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini secara berkumpulan. Aktiviti berkumpulan yang pertama yang termasuk dalam jadual program adalah “abseiling” dan “rappelling”. Saya hanya mengambil kesempatan untuk merakamkan gambar rakan-rakan yang menjayakan aktiviti ini. Tahniah buat semua...



Selepas aktiviti ini, kami diajar pula cara-cara memasang kayak dengan menggunakan tayar pelampung. Kemudian aktiviti berkayak menggunakan tayar pelampung tersebut dilakukan di pantai Tanjung Biru. Bagi saya pengalaman mengambil gambar untuk kedua-dua aktiviti ini amat mengujakan.


Pada hari kedua selepas acara melawat biik kami melakukan aktiviti merentas Hutan Rekreasi Tanjung Tuan. Saya sebenarnya amat menanti-nantikan aktiviti ini kerana sangat sukakan alam. Setelah puas kami menyelusuri hutan akhirnya kami tiba ke persisiran pantai yang indah, ianya menyedarkan saya akan hakikat kehebatan ciptaan Tuhan. Pelbagai tumbuhan hutan yang unik kami temui antaranya pokok Ara, pokok Tongkat Ali, sejenis spesis kulat dan pokok Bintangor Laut. Encik Mohd Azmi Hashim, Pegawai Pemasaran di PNB Ilham Resort menunjukkan kepada kami perigi Belanda yang digunakan pada zaman penjajahannya. Terdapat juga perigi dan kesan tapak kaki yang dipercayai milik Hang Tuah terletak di pinggir hutan sekitar pantai tersebut.  Kemudian kami di bawa ke rumah api Tanjung Tuan. Rumah api Tanjung Tuan terkenal sebagai tempat melihat pelbagai spesis burung  antaranya burung ‘Oriental Honey-buzzard’, ‘Black Baza’, dan ‘Greater Spotted Eagle’. Musim melihat burung sekitar huujung bulan Februari sehingga bulan April, terdapat lebih daripada seratus spesis burung termasuk burung pemastautin dan burung hijrah. Aktiviti berkumpulan terakhir kami ialah ‘rope course’.





Saya percaya setiap individu daripada kami pasti mempunyai pengalaman yang tersendiri di PNB Ilham Resort ini. Bagi diri saya alangkah bahagianya seandai dapat menghentikan masa atau setidak-tidaknya tinggal lebih lama di sini. Jadi, tidak rugi jika anda mengunjungi PNB Ilham Resort dan untuk maklumat lanjut bolehlah menghubungi Encik Mohd Azmi Hashim di talian 019 289 9145 atau hubungi:-

PNB ILHAM RESORT
Batu 10, Tanjung Biru, 71050 Si Rusa,
Port Dickson, Negeri Sembilan Darul Khusus, Malaysia.
Tel: +606 662 6800  Fax: +606 662 5646

2 comments:

  1. bestnyaaaa...dah lama tak beraktiviti lasak...rindu nak hiking balik,tapi kesihatan dan kecederaan tak mengizinkan....huuuhuuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sue Izza, maaf lambat jawab... saya suka "jungle trekking" memang "best", alhamdulillah :-). Teringin nak jumpa awak lagi...

      Delete