Sekali lagi
saya berpeluang mengikuti program Sahabat Media sempena Tahun Melawat Malaysia
2014 dan kali ini kami dijemput oleh pihak Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS)
untuk aktiviti memerhati burung. Memerhati burung adalah aktiviti menarik dan
jarang didengar. Apakah aktiviti memerhati burung?
Memerhati
burung di Kuala Kubu Bharu tidaklah sama dengan melihat burung dalam sangkar
di taman-taman burung. Pihak MDHS telah membawa kami berjalan-jalan di sekitar
tasik dan ke pinggir hutan di Taman Millenium untuk mencari, memerhati dan
mengenal pasti spesis burung yang ditemui.
Kuala Kubu Bharu
merupakan sebuah bandar taman dan bandar yang telah dirancang oleh Jururancang
Bandar pertama semasa zaman British. Menurut Puan Azlina Mokhtar, Pegawai Perancang
Bandar MDHS, pada zaman itu, bandar Kuala Kubu Bharu telah ditanam dengan pokok
yang bernilai seperti ‘Mahogany’ dan Tembusu. Ianya kini, telah menjadi tempat
tinggal yang sesuai untuk binatang-binatang termasuklah burung. Terdapat
pelbagai spesis burung yang hidup di sini dan ianya terdiri daripada burung
pemastautin dan burung hijrah.
Pihak MDHS
menyediakan teropong dan buku panduan tentang spesis burung yang terdapat di
Malaysia bagi memudahkan kami melihat dan mengenal pasti spesis burung yang
kami temui. Red-wattled Lapwing (Burung Minta Duit), Black Crested Bulbul
(Merbah Jambul), Oriental Magpie Robin (Murai) dan beberapa spesis lain telah
kami temui di sini.
Penggunaan
lensa biasa (18-55 mm) menghadkan rakaman gambar burung-burung terutama secara
dekat. Ini adalah suatu hikmah kerana ianya mengalihkan tumpuan saya untuk
merakamkan keindahan permandangan di sini. Walau bagaimanapun untuk melihat
gambar burung yang lebih jelas dan menarik, anda bolehlah berkunjung ke blog
sahabat-sahabat saya:-
Aktiviti-aktiviti kami lakukan di
sini berlangsung selama dua hari. Ianya termasuk juga acara makan malam
istimewa di Restoran Kalumpang Grill & Steamboat, sambutan Hari Wanita
Daerah Hulu Selangor, mandi-manda di sungai/ air terjun, menaiki pacuan 4 roda
dan ‘fliying fox’ di Kalumpang Resort & Training Centre.
Terima kasih Majlis Daerah Hulu
Selangor (MDHS), Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Tourism Malaysia dan M-Mode Berhad di atas jemputan ini dan sekaligus memberikan saya
peluang dan pengalaman baru.
Sebelum saya mengakhiri terbitan
saya kali ini, saya ingin mengajak anda semua mengunjungi daerah Hulu Selangor
yang terletak di kira-kira 68 kilometer dari Kuala Lumpur terutama ke Kuala
Kubu Bharu dan Kalumpang kerana ianya adalah salah satu destinasi pelancongan
yang menarik di Malaysia. Untuk maklumat lanjut sila rujuk, laman sesawang Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS)
Seronok nyer .. memang hari tu tak dapat ikut sorry sangat2 insyallah next time :D
ReplyDeleteBy the way lawa gambar yang akak amik ni .. thumb up .. !!!
Tulah... xpe next time ye :-). Insyaa Allah.
DeleteTerima kasih... Alhamdulillah. Still in learning process & masih belum dapat menghasilkan "great photograph" :-(