Sungguh
menakjubkan! Ternyata air tangan beliau bukan hanya cantik pada rupa, detik hati
saya tatkala menikmati sajian pertama di restoran ini. Keenakan hidangan hasil
sentuhan seni beliau membuatkan saya teruja untuk mempromosi bufet Ramadan bagi
Ancasa Royale Hotel, Pekan, Pahang ini. Restoran tersebut mempunyai sijil halal
JAKIM dan tidak perlu was-was untuk menikmati sajian di sana.
Terdapat
pelbagai sajian tradisional dan autentik yang pasti menyiurkan anda antaranya
ialah Sayur Kampung Masak Budu, Ketam Lemak Rebung, patin Tempoyak dan Daging
Opor. Puding DiRaja pada suatu waktu dahulu hanya hidangan di istana turut
disajikan disini. Saya berasa amat bertuah kerana K.D.Y.T.M Tengku Puan Pahang,Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan IskandarAlhaj sudi mencemar duli bagi merasmikan bufet Ramadan tersebut.
Terima
kasih Ancasa Royale Hotel, Pekan, Pahang, Kementerian Pelancongan danKebudayaan Malaysia, Tourism Malaysia, Tourism Malaysia Pahang dan M-ModeBerhad atas jemputan ini sekaligus membawa saya melawat ke negeri Pahang khususnya
Bandar DiRaja Pekan.
Sebelum
mengakhiri saya ingin mengesyorkan anda semua untuk berbuka puasa di Ancasa
Royale Hotel, Pekan, Pahang.
InsyaAllah
diterbitan akan datang, saya akan berkongsi pengalaman manis saya ketika berada
selama tiga hari dua malam di Bandar DiRaja Pekan, Pahang...