Sudah
menjadi trend masa kini ramai di kalangan kita memilih bufet Ramadan untuk berbuka
puasa bersama keluarga dan rakan-rakan. Bagi sesiapa yang tinggal di Seremban
atau bercadang berhujung minggu di sana pada bulan Ramadan 2014 ini saya mencadangkan
agar berbuka puasa di Klana Resort Seremban. Tahun ini Klana Resort menyediakan
masakan yang bercitarasa kampung dengan tema “Citoraso Suasano Kampung”. Coffee House Selera, Klana Resort mempunyai
sijil halal JAKIM dan menyajikan masakan yang sangat sedap.
Meskipun
bertemakan “Citoraso Suasano Kampung” yang membawa maksud citarasa yang
berkonsepkan masakan asli kampung, Coffee
House Selera, Klana Resort
sebenarnya menghidangkan beraneka jenis masakan yang boleh dikategorikan
sebagai Seni Masakan Timur dan Barat. Apa tidaknya, Sushi yang terkenal di Jepun dan Canalonni iaitu sejenis pasta yang berasal dari Itali juga
terhidang di sini. Terdapat juga hidangan Kambing Panggang, Bubur Lambuk
Kambing, Tom Yam Campur, Baked Lotus
Fragrant Rice, Kong Po Chicken With Cashew Nut, Sautee Potatoes With Capsicum dan Roast Beef Black Pepper Sauce.
Manakala
terdapat melebihi 100 jenis masakan autentik kampung seperti Patin Gulai
Tempoyak, Gulai Lemak Telur Itik, Asam Pedas Ekor Lembu dan Rendang Pucuk Ubi.
Hidangan manisan pula, terdiri daripada kuih muih tradisional Melayu, agar-agar,
puding, kek dan pastri.
Pihak
Pengurusan Klana Resort juga menyediakan surau dengan kehadiran imam jemputan
untuk membawa solat berjemaah Maghrib, Isyak dan Terawih. Keprihatinan ini
memudahkan pengunjung untuk menjalani ibadah bagi memenuhi tuntutan Agama,
ianya juga sejajar dengan konteks dan konsep ibadah dalam bulan Ramadan.
Jadi
apa tunggu lagi, jom berbuka puasa di Klana Resort. Kepada sesiapa yang
berminat bolehlah menghubungi Klana Resort Seremban.
Terima
kasih Klana Resort Seremban, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia,
Tourism Malaysia, Tourism Malaysia Negeri Sembilan dan M-Mode Berhad di atas
jemputan ini.
No comments:
Post a Comment