Pages

Monday, April 7, 2014

Seni: Warna (Bahagian 1)


Masih ingat sewaktu kita kecil, kita sering ditanya dengan soalan “adik suka warna apa?”... merah, biru, kuning, jingga, ungu, hijau, coklat dan pelbagai lagi...

Warna adalah sesuatu yang dapat dikenal pasti oleh kita sejak diperingkat awal usia. Tanpa kita sedari mahupun kita menyedarinya, melalui warna kita mula belajar mengenali sesuatu objek dan dapat membezakan sesuatu objek dengan objek yang lain. Contoh mudah ibu bapa mengajar anak-anak membezakan di antara warna langit dengan awan ialah langit berwarna biru dan awan pula berwarna putih.


Maha Pencipta menciptakan warna pada alam sekeliling menjadikan dunia menarik, berwarna-warni dan lebih bermakna. Kita sering mendengar kata-kata puitis yang menyatakan warna adalah kehidupan dan kehidupan sesuatu yang dilalui oleh seseorang dengan penuh warna-warni.

Sebenarnya, warna adalah salah satu elemen seni yang penting dalam ekspresi atau luahan emosi secara langsung. Penggunaan warna dalam kehidupan seharian atau hasil karya seni dapat menimbulkan ‘mood’. Warna yang berlainan akan menimbulkan ‘mood’ yang berbeza. Perkara ini berkait rapat dengan pengertian seseorang terhadap warna menurut cara hidup, budaya setempat dan alam sekeliling masing-masing. Mari kita pilih satu warna dan memberikan pengertian masing-masing. Apakah ‘mood’ yang anda dapat rasai dengan warna merah?

Mengikut psikologi warna merah melambangkan cinta dan keberanian. Tidak hairanlah bunga mawar merah selalu diberikan kepada seseorang untuk menyatakan perasaan cinta. Pandangan peribadi saya warna merah digunakan sebagai warna tumpuan bagi kulit buku “The Rules of Love”, tulisan Richard Templar untuk menarik minat pembaca untuk memiliki buku tersebut.




Kedua-dua gambar permandangan di atas saya rakam pada hari dan tempat yang sama tetapi waktu yang berbeza dan sudut yang sedikit berbeza. Penghasilan warna-warna yang berbeza sudah tentu akan melahirkan ‘mood’ yang berbeza. Saya tidak mahu memberikan sebarang komen kepada hasil fotografi saya ini kerana ingin memberikan kebebasan kepada anda menjiwanya sendiri... :-)

No comments:

Post a Comment